The Secret of My Life........



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanyalah kerana ALLAH Taala..

Secret of my life which will be revealed here & everyone will know who i am and what i think about them............

Saturday, October 13, 2012

La Tahzan Inallaha Ma'ana


◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸.

Sesuatu yang diimpikan tak selalu jadi kenyataan..

Tapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba...


Biarlah kita menangis hari ni kerana kesakitan semalam

Tapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk  
     selamanya.....
(◕‿◕)
◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸.

Jangan engkau tangisi cinta yang sementara.....

"Kadangkala hati itu perlu diketuk agar ia tidak terlalu selesa dengan kebahagiaan"

 "Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan"

Ya Allah seseungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan :') 

Jangan bersedih andai diri terluka dek cinta manusia. Allah sentiasa ada untuk kita. 

La tahzan ♥
Bersangka baik dengan-NYA. mesti ada hikmah yang terbaik di sebalik dugaan yang di beri. DIA tahu apa yang terbaik buat hamba-NYA. DIA adalah sebaik-baik perancang.

Ya Allah, Jika Dia Benar Untukku Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku..
Jika Dia Bukan Milikku.. Damaikanlah Hatiku Dengan KetentuanMu..


Tidak Engkau Jadikan Sesuatu Itu Sia-sia, Sebaliknya Penuh Hikmah. Semoga Diberi Petunjuk.


Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berilah kepadaku keyakinan bahawa takdirMu lebih baik dari segala yang aku inginkan dan impikan...

Insyaallah...AMIN...


Ubati hatimu dengan ZIKRULLAH & QURAN serta TAHAJUD....

LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA...

Friday, October 12, 2012

Zikrullah Pengubat Hati....

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata-kata
Dan tingkah lakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri....

Setiap perhubungan tak kiralah COUPLE ke KAHWIN ke sudah semestinya ada ujian yang allah berikan kepada hambanya, dia ingin menguji kita sejauh mana kita punya kekuatan untuk mempertahankan hubungan itu kekal untuk selama-lamanya. 

Kadang2 saya rasa takdir itu sangat kejam , tapi apabila difikirkan balik , takdir itu ketentuan Allah dan Allah itu tak kejam tetapi allah maha adil , dialah segala-galanya kan ?
ayat daripada Al-Quran mengatakan bahawa :


Semakin kita ingin mendekatkan diri dengan ALLAH maka semakin beratlah ujianNya 

Sebabnya setiap ujian yang allah bagi ada hikmah disebaliknya dan kita mesti terima dengan redha, Dan allah bukannya bagi ujian nya pada kita sahaja . Banyak makhluk allah kat dunia ni yang allah timpakan jugak dan saya tau, anda pun tau jugak kot setiap apa yang berlaku bukan kehendak kita ...ia memang nak jadi , akan jadi , dah telah jadi pun .


 Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. ... dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita.

Jadi kita harus berpegang erat dengan tali Allah dan jadikan ia sebagai sesuatu kekuatan kita untuk mencari jalan penyelesaian . 
tak ada sesiapa yang menang and tak ada sesiapa yang kalah pun .
Begitu juga dengan jodoh , ajal pertemuan kita semua ditangan tuhan , kita tak boleh nak tentukan . 
saya masih lagi boleh berfikir , dan anda pun sama kan ? 


Dan jika allah boleh memaafkan hambanya yang melakukan kesalahan & kejahatan besar ataupun kecil , apatah lagi kita ini sebagai makhluk allah yang bergelar manusia yang sama-sama hidup di atas bumi allah yang hanya dipinjamkan kepada kita hanya seketika .


Kadang-kadang itu , kita tidak sedar apa yang kita lakukan , and juga pe yg kita cakap .
itu mungkin ,  mengikut NAFSU yang agak kuat ! dan juga leka adalah sifat manusia begitu juga dengan saya . Saya juga manusia yang sering melakukan kesilapan...bak kata kwn2 sy selalu bercakap tanpa berfikir.....


Seorang lelaki yang baik, dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik bukan membiarkannya terus hanyut...


kekecewaan hati merupakan resam dalam bercinta, oleh itu kita harus sentiasa ingat kepada allah kerana hanya Allah yang maha penyembuh sesuatu kekecewaan itu...


Jika orang pernah melukakan hati kita, ubatilah hati kita itu dengan Zikrullah. Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang :) 


sesungguhnya sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian sudah tidak berguna lagi...semoga Allah melembutkan hati anda dan semoga Allah mengampuni saya....terlajak perahu boleh berundur...terlajak kata...bdn sendiri yg merana....