The Secret of My Life........



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanyalah kerana ALLAH Taala..

Secret of my life which will be revealed here & everyone will know who i am and what i think about them............

Friday, October 12, 2012

Zikrullah Pengubat Hati....

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata-kata
Dan tingkah lakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri....

Setiap perhubungan tak kiralah COUPLE ke KAHWIN ke sudah semestinya ada ujian yang allah berikan kepada hambanya, dia ingin menguji kita sejauh mana kita punya kekuatan untuk mempertahankan hubungan itu kekal untuk selama-lamanya. 

Kadang2 saya rasa takdir itu sangat kejam , tapi apabila difikirkan balik , takdir itu ketentuan Allah dan Allah itu tak kejam tetapi allah maha adil , dialah segala-galanya kan ?
ayat daripada Al-Quran mengatakan bahawa :


Semakin kita ingin mendekatkan diri dengan ALLAH maka semakin beratlah ujianNya 

Sebabnya setiap ujian yang allah bagi ada hikmah disebaliknya dan kita mesti terima dengan redha, Dan allah bukannya bagi ujian nya pada kita sahaja . Banyak makhluk allah kat dunia ni yang allah timpakan jugak dan saya tau, anda pun tau jugak kot setiap apa yang berlaku bukan kehendak kita ...ia memang nak jadi , akan jadi , dah telah jadi pun .


 Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. ... dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita.

Jadi kita harus berpegang erat dengan tali Allah dan jadikan ia sebagai sesuatu kekuatan kita untuk mencari jalan penyelesaian . 
tak ada sesiapa yang menang and tak ada sesiapa yang kalah pun .
Begitu juga dengan jodoh , ajal pertemuan kita semua ditangan tuhan , kita tak boleh nak tentukan . 
saya masih lagi boleh berfikir , dan anda pun sama kan ? 


Dan jika allah boleh memaafkan hambanya yang melakukan kesalahan & kejahatan besar ataupun kecil , apatah lagi kita ini sebagai makhluk allah yang bergelar manusia yang sama-sama hidup di atas bumi allah yang hanya dipinjamkan kepada kita hanya seketika .


Kadang-kadang itu , kita tidak sedar apa yang kita lakukan , and juga pe yg kita cakap .
itu mungkin ,  mengikut NAFSU yang agak kuat ! dan juga leka adalah sifat manusia begitu juga dengan saya . Saya juga manusia yang sering melakukan kesilapan...bak kata kwn2 sy selalu bercakap tanpa berfikir.....


Seorang lelaki yang baik, dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik bukan membiarkannya terus hanyut...


kekecewaan hati merupakan resam dalam bercinta, oleh itu kita harus sentiasa ingat kepada allah kerana hanya Allah yang maha penyembuh sesuatu kekecewaan itu...


Jika orang pernah melukakan hati kita, ubatilah hati kita itu dengan Zikrullah. Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang :) 


sesungguhnya sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian sudah tidak berguna lagi...semoga Allah melembutkan hati anda dan semoga Allah mengampuni saya....terlajak perahu boleh berundur...terlajak kata...bdn sendiri yg merana....

2 comments: