The Secret of My Life........



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanyalah kerana ALLAH Taala..

Secret of my life which will be revealed here & everyone will know who i am and what i think about them............

Monday, June 17, 2013

Jangan Cintakan Manusia Melebihi Cinta Kpd Yg Maha Pencipta...

Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni. "Dah takde jodoh..." 
Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. 
Ada banyak punca, antaranya: 
Ianya adalah pengajaran dari Tuhan. 
Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku." 
"Aku hanya sayang dia seorang." 
"Cinta aku hanya untuk dia." 
"Rinduku milik dia." 
"Ah, hanya dia." 
"Hatiku milikmu." 
"Dialah satu, tiada dua." 
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku." 
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu." dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu  MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. 
Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. 
Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya. 
Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. 
Maka terputuslah di tengah jalan. 
Tak kiralah putus sebab apa pun. 
Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. 
Itu cumalah asbab. Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah. 

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju? Allah juga jadi tempat yang dituju. 
Allah juga jadi tempat mengadu. Lalu terpacullah dari bibir, Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu, "Cukuplah Allah bagiku.
" Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
 Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,
"Kun Fa Yakun." Putuslah. Berakhirlah. "Kembali sujud pada-KU!" 

Sekarang setelah dah tiada jodoh, Siapa yang kau lebih perlukan?
Barulah tersedar, "Aku perlukan Allah. Aku sayang Allah." 
Akhir kata, jangan cabar Allah. Dengan atau tanpa sengaja.

Tuesday, June 4, 2013

Bahagia Pasti Datang...

"Don't beg for anyone to stay in ur life, if they want to be a part of ur life..they will stay"..

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Orang yang selalu ‘tenang’ dan rasa BAHAGIA dalam hidup bukanlah kerana mereka tidak pernah berdepan dgn kegagalan, kekecewaan, kesedihan atau tidak pernah jatuh. Malah,bukan juga kerana mereka selalu bertuah,bernasib baik atau tiada stress. 
TETAPI mereka adalah orang2 yang melatih Hati untuk belajar menerima baik/buruk seadanya, menikmati pahit manis hidupnya dan selalu berusaha mencari dan mengejar rasa BAHAGIA tiap masa.

»Bagi mereka,Kebahagiaan tidak semestinya dimiliki tapi perlu dirasai.

Pastinya Hati yg Bahagia itu selalu meyakini tiap2 yg berlaku kerana kasih sayangNYA itu selalu melebihi dan tiada bertepi! (^ ~^)/’ 
Jadi, jgn bsedih tlalu lama, kejar bahagia anda!”

Jangan terlalu bersedih atas perkara yang telah berlaku kerana di hadapan sana masih ada kepayahan dan dugaan yang lebih mencabar. Kamu tidak akan mampu menghadapi sesuatu jika hanya menangis sepanjang waktu. Ingatlah, kesedihan umpama hujan, selebat manapun tetap akan berhenti juga. Tidak selamanya kamu dalam derita, akan menjelma juga sinar bahagia...




Jodoh Itu Rahsia Allah



Sekuat mana kita setia...
Sehebat mana kita merancang ..
Sejauh mana kita menunggu ..
Sejujur mana kita menerima ..

Sekeras mana kita bersabar ..
Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama ..
Kita tetap TIDAK akan bersama….





Jodoh itu rahsia Allah...x siapa tw bila? dgn siapa? & bagaimana? ....
Hanya mampu berdoa agar ditemukan jodoh yg baik & bertakwa..
Oleh itu jika mahu jodoh yang baik...usahakan diri untuk jd baik agar layak untuk berdampingan dgn jodoh yg diimpikan...
Bercinta bertahun belum tentu dia jodoh kita...kenapa? kerana jodoh itu rahsia Allah...
Hidup ini juga penuh dengan teka-teki...soal jodoh menjadi amat penting setelah usia menginjak dewasa ini....
Tetapi kita kena belajar redha dgn ketentuan Tuhan...
Tak semua yg diimpikan akan menjadi kenyataan...
Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan...


mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan...
usah ragu dengan takdir

segalanya ketentuan tuhan....
OLEH ITU BERDOALAH AGAR CINTA YANG DIBINA BERAKHIR DENGAN SEBUAH IKATAN PERKAHWINAN...AMINN